"The Sun gOeS DoWn..ThE StArS CoMe oUt..AnD All I cOuNt iS HeRe aNd nOw..My uNiVeRse WiLL NeVeR Be tHe sAme..I'm gLaD ICT CAmE.." -mUaZ-
Wednesday, 8 April 2020
SeLamAt d^t^nG!!
Dengan adanya subjek "ICT in science education" ini, saya dapat mengintegrasikan ICT dalam meningkatkan kemahiran mengajar saya yang sangat cetek dan juga memperluaskan minda dan pengetahuan saya dalam dunia pendidikan dan ICT. Tidak salah pilihan saya memilih UPSI bagi menyambung pengajian saya. Di sini, mata saya mula terbuka dalam bidang pendidikan yang bukan tertumpu kepada untuk mengajar pelajar semata-mata. Dengan adanya subjek ini, saya dapat mempelbagaikan teknik megajar dan bahan mengajar saya dalam menarik minat pelajar walaupun saya hanya bergelar seorang guru tuisyen. Blog ini benar-benar mengilhami saya untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berasaskan ICT yang tidak hanya terfokus pada isi pelajaran saja, tetapi juga menerapkan teknologi moden yang terus berkembang di sekitar kita untuk diaplikaiskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekarang, terbukti bahawa teknologi moden sebenarnya membantu kita, tidak membuat kita sukar sebagaimana yang diperkatakan oleh pendidik terdahulu.Saya sangat berpuas hati dalam proses pembelajaran E-portfolio ini kerana ia benar-benar memenuhi keperluan saya sebagai seorang pendidik masa depan yang mengajar berasaskan teknologi dan mendidik generasi muda dengan lebih baik dalam memastikan kehidupan mereka bertambah baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
